ANALISIS
CIRI RUNTUTAN F.J.D’ANGELO BERDASARKAN VIDEO “UCAPAN KHAS HARI GURU 2015 OLEH
YAB. TIMBALAN PERDANA MENTERI 2015”
1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep wacana
“Wacana”
berasal daripada perkataan bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula daripada
“woco” yang bermaksud “baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse” berasal
daripada bahasa Latin “discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”. Menurut
Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi,
pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang
terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan
kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan,
wacana, menurut beliau lagi, merujuk kajian tentang unit tersebut, cabang
linguistik yang setara dengan cabang yang lain, seperti morfologi atau
sintaksis.” (Sanat Md. Nasir, Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di
Malaysia dan Singapura dalam “dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana
(2012:21).
Sebenarnya,
wacana merangkumi keseluruhan aspek komunikasi, sama ada melibatkan mesej atau
teks, pengucapan, penerimaan serta situasi konteks (Mohd. Sidin, 1999).
Malahan, ada sesetengah pengkaji menganggap buah fikiran juga sebagai wacana.
Fairclough (2003, dalam Idris Aman, 2010) mentafsirkan wacana sebagai pandangan
khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial yang
berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana berkait rapat dengan
kehidupan sosial kerana digunakan dalam komunikasi.
Berdasarkan definisi yang dikemukakan, terdapat persamaan berkaitan
takrifan wacana. Secara tuntasnya, wacana ialah unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut, yakni tertinggi dalam
tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka
wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk.
1.2 Konsep Runtutan
Menurut Mohd. Zaini Othman dalam Wacana, Penanda Wacana, Kohesi, Koheren
(2004: 27), dalam kajian wacana tidak lengkap jika tidak dilihat daripada aspek
koherensi. Istilah runtutan digunakan bagi merujuk istilah “coherence” dalam
bahasa Inggerisnya yang mana istilah lain yang digunakan bagi merujuk istilah
runtutan ini ialah koherensi. Soenjono Darjowidjojo dalam Tata Bahasa Baku Indonesia (1988)
menyatakan bahawa koheren merujuk kepada pengaturan secara rapi gagasan,
kenyataan, fakta, dan idea menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah
difahami mesej yang terkandung di dalamnya. Koheren mengandungi unsur-unsur
pertalian dan hubungan dari segi makna wacana. Dengan hal demikian, koheren
lebih berfokus terhadap aspek ujaran yang menggambarkan cara kata hubung atau
penanda wacana digunakan untuk menjelaskan makna.
Menurut Mohd. Rashid Md Idris dalam Monograf Bahasa Melayu Jilid 2 (2007: 67), runtutan kerap
dilihat sebagai pengantara gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu idea atau
fikiran dijalin dalam sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks.
Sesungguhnya, peristiwa atau cerita yang disampaikan secara jelasnya mempunyai
makna yang mana makna(meaning) digunakan bagi menunjukkan potensi ujaran
bahasa atau tanda-tanda lain untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang
sebenarnya disampaikan oleh ujaran yang muncul dalam sesuatu teks. Ujaran yang
banyak sudah pasti mempunyai beberapa makna, tetapi dalam keadaan normal hanya
ada satu sense dalam sebuah teks.
Tuntasnya, runtutan di sini lebih dilihat sebagai kualiti kefahaman
terhadap sesuatu teks secara logik. Sesebuah gagasan sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan mestilah memaparkan wacana yang utuh. Keutuhan wacana yang
tinggi ini menggambarkan tanggapan terhadap idea yang dikemukakan oleh penulis
itu dapat difahami dengan tepat oleh pembaca. Oleh itu, sesebuah wacana yang
utuh itu memperlihatkan koheren yang baik.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini akan menerapkan kerangka analisis
wacana berkaitan dengan ciri runtutan melalui Model F. J. D’ Angelo berdasarkan
kepada video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri
2015”. Oleh itu, pemerhatian akan dilakukan terhadap fungsi bahasa dan dimensi
makna yang wujud dalam sesebuah wacana iaitu hubungan dan tekstual. Fungsi
hubungan merujuk kepada cara hubungan sosial antara subjek dilakukan dan
dikendalikan, manakala fungsi tekstual merujuk kepada maklumat linguistik dan
situasi sosial di luar teks.
Umumnya, analisis tekstual ialah
pemerihalan (description) tentang teks, manakala analisis praktis sosial
melibatkan penjelasan (explanation) hubungan antara proses wacana dan
proses sosial. Secara ringkas, aspek pemerihalan bertujuan menjawab soalan
‘apa’ tentang wacana yang melihat wacana dari aspek bentuk dan struktur binaan
teks. Aspek penjelasan pula bertujuan menjawab soalan ‘mengapa’. Pada aras ini
hubung kait antara teks dengan masyarakat pengguna teks berkenaan akan ditafsir
kerana pelbagai faktor yang menyebabkan sesuatu wacana wujud dan digunakan oleh
masyarakat. Sehubungan itu, hubungan faktor-faktor ini dilihat sebagai praktis
sosial. (Idris Aman, 2006: 74; Azhar Md Sabil, 2012:66-67). Aspek berkaitan
praktis sosial ini secara jelasnya boleh dilihat pada aspek justifikasi sesuatu
analisis wacana tuntasnya. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kajian ini tidak terikat
kepada konteks pemikiran semata-mata tetapi saling berhubung dengan konteks
yang melatarinya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti ciri runtutan yang terdapat
dalam teks ucapan.
2. Menganalisis ciri runtutan berdasarkan
Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan
jawapan bagi beberapa soalan seperti berikut:
1. Apakah ciri runtutan yang terdapat dalam
teks ucapan?
3. Apakah ciri runtutan berdasarkan Ucapan
Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri?
5.0 BATASAN KAJIAN
Tumpuan kajian ini hanya pada salah satu
aspek komponen tekstual, iaitu ciri runtutan berdasarkan Model F. J. D’ Angelo.
Bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berupa bahan bertulis yang telah
ditranskripsikan berdasarkan video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB.
Timbalan Perdana Menteri”. Sebanyak 100 ayat yang terpilih dalam video “Ucapan
Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri” ini akan dianalisis,
iaitu bermula pada minit ke 02:27 hingga minit ke 28:09.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam
kajian ini, kaedah kepustakaan digunakan dengan cara merujuk buku rujukan di
perpustakaan bagi mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat tertentu
sebagai maklumat tambahan untuk dijadikan perbincangan dan bahan untuk
dianalisis yang berkaitan dengan kajian ini, iaitu analisis ciri runtutan
F.J.D’ Angelo berdasarkan video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh Y.A.B Timbalan
Perdana Menteri”. Menurut Wan Abdul Kadir (2003:4), kaedah kepustakaan ialah
penyelidikan yang dijalankan bagi merujuk bahan-bahan yang telah dilakukan oleh
orang lain seperti bahan bertulis dan lain-lain.
Bahan-bahan ini penting kerana menjadi data sekunder bagi kajian
ini. Selain itu, bahan-bahan yang dirujuk tersebut banyak membantu pengkaji
dalam mendapatkan gambaran sebenar tentang kajian yang dilakukan dan perkara
ini secara tidak langsung memudahkan proses pengkajian dijalankan. Di samping
itu, pengkaji juga memanfaatkan sumber rujukan atau bahan-bahan yang dimuat
naik di internet sebagai kaedah atau rujukan tambahan kepada kajian ini. Namun
begitu, pengkaji tidak menggunakan seratus peratus rujukan daripada internet
dengan semudahnya tanpa mengesahkan sumber tersebut terlebih dahulu.
Dalam kajian ini akan mengetengahkan Model F.
J. D’ Angelo sebagai dasar analisis. Dengan mengemukakan Model F. J. D’ Angelo
ini, analisis kajian akan dikemukakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif.
Kajian analisis secara kuantitatif khususnya akan melibatkan video “Ucapan Khas
Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri” yang telah ditranskripsikan
pengucapannya ke dalam bentuk teks. Kajian ini memilih unsur runtutan sebagai
bahan kajian. Sebanyak 100 ayat diperturunkan bagi mengkaji unsur runtutan. Kaedah
kualitatif pula melibatkan huraian secara khusus mengenai ayat-ayat yang
terlibat dengan runtutan.
Kajian ini secara jelasnya akan melihat
beberapa ciri runtutan melalui model F.J Angelo seperti aditif, rentetan, kata
ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota,
penekanan, komparisasi, pertentangan, hasil, contoh, kesejajaran paralel, lokasi
dan waktu [Mohd Rashid Md Idris et. al.
dalam Analisis Wacana (2012: 55)].
7.0 DAPATAN KAJIAN
Seperti yang telah dijelaskan, terdapat 14
ciri runtutan berdasarkan kepada model yang dikaji, iaitu model F. J. D’ Angelo. Dapatan kajian ini terbahagi kepada 2
bahagian, iaitu analisis kuantitatif dan analisis kualitatif. Berikut merupakan
butirannya:
7.1 Analisis kualitatif
1. Kesejajaran/ paralel
Kesejajaran bermaksud sesuatu gagasan atau idea yg dinyatakan dalam bentuk
Kata Nama (gaya nominal) hendaklah diikuti oleh gagasan lain (yg sama fungsinya
– spt objek, subjek dsb) dalam bentuk Kata Nama juga. Dengan ini dapat
menimbulkan ayat yang berkesan.
Terdapat penggunaan kesejajaran dalam ucapan TPM sempena
hari guru 2015 kali ini. Dalam A10 terdapat kesejajaran ayat yang menggunakan
kata nama dan diikuti oleh gagasan yang lainnya. Sebagai contohnya seperti ayat
di bawah :
A.10
|
Dan bagi saya espek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan
nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membena negara
bangsa dan mencapai kemajuan ikonomi yang lestari.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin ini
tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam
ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan jika kita dapat
menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang
sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak mulia akan menjadi suatu kenyataan.
|
A.31
|
Dan dalam sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia ini,
pendidikan akhlak dan jugak Pendidikan Moral mestilah menekankan prinsip
menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik
antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
|
A.39
|
Dalam Gelombang Pertama anjakan yang keempat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013/2025, Institusi Pendidikan Guru kini melaksanakan
satu dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu sebanyak 30 peratus pengambilan
baru adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya
5A dalam SPM.
|
A.49
|
Transformasi sistem pendidikan negara kita menerusi PPPM 2013 dan
2025 yang memberi penekanan khusus terhadap espirasi akal dan budi kini
dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem apa yang dinamakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ataupun PBS sebagai teras pembangunan murid
secara holistik dan PBS ini bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal fikiran
semata-mata malah merangkumi kecerdasan imosi, kecerdasan fizikal dan nilai
dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu bapak, mereka telah
bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini menerima Anugerah Sekolah
Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
|
A.76
|
Dan saya jugak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada warga SMK Cheras dan jugak SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang telah
pun jugak mengharumkan nama Malaysia dalam Best Muzik Performance sempena
Festival Kesenian Antarabangsa yang berlangsung di Turki pada penghujung
April yang lalu kejayaan ini tentu bertitik tolak daripada usaha para guru
yang gigih melatih anak-anak murid mereka untuk menyertai pertandingan ini.
|
A.95
|
Dan peningkatan ilmu di kalangan Pegawai-pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan ini akan menjadi pemaju kepada
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan lebih
efisien lagi.
|
2. Lokasi, tempat dan waktu
Penggunaan lokasi, tempat dan waktu turut dilakukan bagi menguatkan sesuatu
hujah. Runtutan kala dan lokasi penting untuk menghasilkan kekoherensifan
wacana. Penggunaan lokasi/tempat dan waktu juga digunakan dalam
ucapan ini. Beliau telah menyatakan tempat/masa mengikut kesesuaian dalam ayat
tersebut. Penggunaan runtutan lokasi/tempat dapat dilihat dalam A28. Pelbagai
penggunaan lokasi/tempat dan waktu digunakan dalam ucapan beliau pada majlis
rasmi tersebut. Penggunaan dalam ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat A53,
A55, A62, A65, A69, A76, A93. Sebagai contohnya, adalah di bawah :
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin ini
tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam
ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan jika kita dapat
menjadikan sekolah ini sebagai
medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita
untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu
kenyataan.
|
A.53
|
Peranan guru sebagai pembena ilmu terbukti melalui kejayaan murid
kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu.
|
A.55
|
Cumulative Grade Point Average ataupun CGPA jugak telah meningkat
daripada 2.57 pada tahun 2013 kepada 2.62 tahun lalu.
|
A.62
|
Saya berasa amat bangga apabila Cikgu Anuar Mansor, Cikgu Anuar
Mansor ini daripada guru Pendidikan Khas Sekolah
Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang bukan Kedah.
|
A.65
|
Saya jugak merasa amat bangga dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan
Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor.
|
A.69
|
Pada tahun 2013 dengan GPS meningkat daripada 2.26 kepada 2.08
dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia kita ini.
|
A.76
|
Dan saya jugak ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada warga SMK Cheras dan jugak SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang
telah pun jugak mengharumkan nama Malaysia
dalam Best Muzik Performance sempena Festival Kesenian Antarabangsa yang
berlangsung di Turki pada penghujung April
yang lalu kejayaan ini tentu bertitik tolak daripada usaha para guru yang
gigih melatih anak-anak murid mereka untuk menyertai pertandingan ini.
|
A.93
|
Keduanya, kerajaan jugak telah bersetuju untuk menyeragamkan had
umur pegawai awam bagi mengikuti Ijazah Sarjana dan Sarjana Ijazah Sarjana
Doktor Falsafah ataupun Ph.D iaitu dari 43
tahun untuk Izajah Sarjana kepada 45
tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D
di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.
|
3. Penambahan/ adisi
Unsur penambahan digunakan dalam ucapan kerana TPM menyesuaikan dengan
keadaan untuk menyampaikan mesej kepada semua yang hadir dalam dewan tersebut. Unsur penambahan juga dapat dilihat dalam ucapannya.
Unsur penambahan dalam ayat A2, A22, A33, A66 dan A75.
Unsur penambahan dari segi penggunaan
kata seperti penambahan huruf ‘k’, kata sapaan dan kata tambahan seperti
insyaAllah. Sebagai contoh boleh dilihat di bawah :
A.2
|
Bagi saya, sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan
tertinggi negara terhadap peranan dan jugak sumbangan para guru mendidik anak bangsa.
|
A.22
|
Sedara dan sedari yang saya
hormati sekalian.
|
A.33
|
InsyaAllah.
|
A.66
|
Haa
ini Johor.
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu bapak, mereka telah bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini
menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
|
4. Seri/ rentetan
Alat penghubung rentetan turut ada di dalam ayat ini.
Rentetan merupakan penghubung bagi peristiwa berurutan atau pekerjaan yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat. Terdapat penghubung rentetan dalam
perenggan di atas seperti perkataan pertama, kedua, selepas itu dan lain-lain
digunakan untuk memberi kefahaman yang lebih lagi kepada penerima mengenai cara
memasak ayam gulai.
Rentetan penting dalam membina
kelogikan makna dalam diri pembaca mahupun pendengar. Kelogikan makna ini
memerlukan penggunanya menggunakan bahasa dengan betul serta menepati
kesesuaian teks atau pesanan yang ingin disampaikan. Seterusnya, akan membina
kefahaman pembaca terhadap teks. Namun begitu, rentetan yang terdapat dalam
ucapan beliau hanya satu, iaitu pada A36. Unsur rentetan digunakan untuk
menyambung penyusunan topik. Dapat dilihat seperti ayat dibawah :
A.36
|
Dan
oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PBB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru
meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej
kendiri.
|
5. Pronomina
Pronomina adalah kata ganti benda. Pronomina ada empat iaitu pronomina
persona (kata ganti diri), pronomina demonstrative (kata ganti penunjuk),
pronomina interogatif (kata ganti tanya), dan pronomina tak tentu. Terdapat banyak
pronomina yang terdapat dalam ucapannya, berikut merupakan contohnya:
A.1
|
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah
kurnia dan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini
sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2015.
|
A.3
|
Dan sempena hari yang amat bermakna ini, saya dan seluruh barisan pimpinan Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus
penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok tanah air di atas segala
jasa, bakti dan sumbangan anda semua kepada pendidikan anak bangsa kita.
|
A.6
|
Yang bermaksud: “sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu
guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi
jugak pada semua guru dan jika kita
dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid
yang sempurna, saya yakin hasrat kita
untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu
kenyataan.
|
A.32
|
Dan saya percaya, jika
prinsip ini dapat digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid,
setiap murid tanpa mengira kaum dan agama, maka kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini.
|
A.43
|
Dan untuk itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ataupun KSSR
yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kerikulum Standard Sekolah
Menengah ataupun KSSM pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran
pembangunan dan kemajuan teknologi supaya ia releven dengan persekitaran semasa serta menekankan penggunaan
“Higher Order Thinking and Creative Skill” (Hotacs).
|
6. Kontras/ pertentangan
Menurut Mohd Rashid Md Idris dan
rakan-rakan dalam buku Analisis Wacana Berdasarkan Teks Komsas Terpilih,
pertentangan digunakan untuk menambahkan lagi kesan koheren dalam sesuatu teks
(2012:50). Dalam pertentangan, sesuatu hal itu berlaku dan bertentangan dengan
sesuatu keadaan tersebut. Dalam pertentangan terdapat beberapa kata hubung yang
menjadi tanda ia sebagai pertentangan. Kata hubung tersebut ialah tetapi,
sebaliknya, namun dan sebaginya. Nama lain bagi pertentangan ialah kontras.
Berikut merupakan contoh ayat pertentangan yang terdapat dalam teks:
A.9
|
Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi jugak mesti
diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin itu tidak
hanya terletak pada bahu guru Pendidikan Moral, guru Pendidikan Islam ataupun
guru disiplin, tetapi jugak pada
semua guru dan jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan
akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu
kenyataan.
|
Di dalam ayat di atas terdapat unsur pertentangan dalam aspek tugasan.
Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa tugas mendidik tingkah laku pelajar tidak
hanya terletak pada bahu guru yang mengajar Pendidikan Moral, Pendidikan Islam
dan guru disiplin sahaja tetapi perlu digalas oleh semua guru di sekolah. Hal
ini bermakna guru lain seperti guru Bahasa Melayu, guru Matematik, guru
Pendidikan Jasmani dan guru Sejarah memainkan peranan sama seperti guru
Pendidikan Moral, guru Pendidikan Islam dan guru disiplin.
Terdapat lagi satu
contoh ayat yang menyatakan mengenai pertentangan ini. Sebelum ini pengkaji
mendapati bahawa aspek pertentangan mempunyai kata hubung seperti namun, tetapi
dan sebaliknya menjadi penanda akan kewujudan pertentangan. Berbeza dengan
contoh ayat yang berikut:
A.63
|
Diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015,
kumpulan OKU pulak tu.
|
Ayat di atas menyatakan bahawa, anugerah diberikan kepada guru yang
mengajar Pendidikan Khas. Sebagai guru biasa, sudah tentu kita tahu bahawa
sukar untuk menjadi guru Pendidikan Khas melainkan kita mempunyai jiwa yang
cekal dan kuat. Namun begitu untuk anugerah ini tidak mustahil untuk Cikgu
Anuar Mansor mendapatnya kerana komitmen dan tanggungjawab beliau dalam
melaksanakan amanah yang diberikan.
7. Komparasi/ perbandingan
Perbandingan atau komparasi berfungsi untuk membandingkan dua benda atau
lebih. Menurut Asmah Haji Omar dalam Nahu Kemas Kini, sistem perbandingan
melibatkan kata adjektif dan dengan itu boleh dianggap sebagai ciri sistem
berkenaan (2009:115). Antara frasa
adjektif yang mendukung fungsi perbandingan ialah tidak, kurang, agak,
paling, sangat, sungguh, maha dan sebagainya. Dalam teks ucapan ini,
daripada 100 ayat yang pertama, terdapat lebih kurang enam ayat perbandingan.
Berikut merupakan ayat-ayatnya:
A.55
|
Cumulative
Grade Point Average ataupun CGPA jugak telah
meningkat daripada 2.57 pada tahun 2013 kepada 2.62 pada tahun lalu.
|
A.57
|
Dan
dari sudut pencapaian murid luar bandar jugak, saya jugak merasa amat bangga dengan usaha guru-guru
kita yang telah pun berjaya merapatkan jurang sebanyak 11 peratus antara
bandar dan luar bandar.
|
A.59
|
Gred
Purata Sekolah di Sabah jugak telah meningkat sebanyak 0.12 mata dengan
program intervernsi yang telah pun dilaksanakan, manakala
sekolah yang berada dalam band 6 dan 7, band 6 dan 7 ini telah pun berkurangan kepada 1.39 peratus tahun lalu iaitu
berbanding sebanyak 1.73 peratus tahun sebelumnya.
|
A.67
|
Yang
melonjak daripada kedudukan dulu 4568 kedudukan tahun 2012 naik kepada kedudukan 1511.
|
A.69
|
Pada
tahun 2013 dengan GPS meningkat daripada 2.26 kepada 2.08 dalam kalangan
sekolah rendah di Malaysia kita ini.
|
A.93
|
Keduanya,
kerajaan jugak telah bersetuju untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi
mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D
iaitu dari 43 tahun untuk Ijazah Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur
bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D di bawah Hadiah Latihan
Persekutuan.
|
Dalam kesemua
ayat perbandingan di atas, penulis mendapati kebanyakan frasa adjektif yang
digunakan menggunakan tingkat kelebihan. Tingkat ini diwujudkan oleh frasa lebih-adjektif-dari/daripada
dan berada setingkat di atas tingkat neutral.
8. Simpulan/
hasil
Hasil dalam ayat bermakna sesuatu tindakan dan kesan daripada tindakan
tersebut. Dalam teks ini terdapat lebih kurang tujuh ayat hasil. Kata hubung
yang digunakan pula kebanyakannya kata penghubung tak setara. Menurut Asmah
Haji Omar dalam Nahu Kemas Kini, kata hubung tak setara merupakan kata
penghubung yang menghubungkan sekurang-kurangnya dua klausa tak setara
(2009:163). Berikut merupakan contoh ayatnya:
A.13
|
Dalam perniagaan contohnya, seseorang peniaga yang jujur dan amanah
akan mendapat kepercayaan pelanggan mereka untuk terus membeli barangan
ataupun melanggan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tindakan : seseorang
peniaga yang jujur dan amanah
Hasil : mendapat kepercayaan
pelanggan mereka untuk terus membeli barangan ataupun melanggan perkhidmatan
yang ditawarkan
|
A.14
|
Jika peniaga itu tidak amanah dengan melakukan penipuan ataupun
manipulasi untuk mengaut keuntungan yang berlebihan, maka sudah pasti
pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya jugak akan mengalami
kerugian.
Tindakan : Jika peniaga itu tidak amanah dengan
melakukan penipuan ataupun manipulasi untuk mengaut keuntungan yang
berlebihan,
Hasil : sudah pasti pelanggan
tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya jugak akan mengalami kerugian.
|
A.21
|
Jika pecah amanah, salah guna kuasa dan salah urus berlaku dalam skala
yang lebih besar lagi, maka industri yang berkenaan mungkin akan lumpuh dan
ekonomi negara kita juga akan terjejas.
Tindakan : Jika pecah amanah, salah guna
kuasa dan salah urus berlaku dalam skala yang lebih besar
Hasil : industri yang berkenaan
mungkin akan lumpuh dan ekonomi negara kita juga akan terjejas.
|
A.31
|
Dan saya percaya, jika prinsip ini dapat digarap dengan baik dan
diterapkan dalam jiwa setiap murid, setiap murid tanpa mengira kaum dan
agama, maka kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang
kita kecapi selama ini.
Tindakan : jika prinsip ini dapat digarap
dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid, setiap murid tanpa
mengira kaum dan agama
Hasil : kita akan dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini
|
A.53
|
Peranan guru sebagai pembena ilmu terbukti melalui kejayaan murid kita
dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang diumumkan pada bulan Mac
yang lalu.
Tindakan : Peranan
guru sebagai pembena ilmu
Hasil : kejayaan murid kita dalam
peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu bapak, mereka telah
bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini menerima Anugerah Sekolah
Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
Tindakan : Dengan
kerjasama erat daripada para ibu bapak,
Hasil : melayakkan mereka ini
menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013
|
9. Contoh/ misal
Contoh atau misal merupakan rujukan bagi
menyokong sesebuah fakta. Dalam teks ini terdapat lebih kurang lapan ayat yang
mendukung contoh atau missal. Berikut merupakan ayatnya :
A.10
|
Dan bagi saya espek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni
adalah komponen yang amat penting dalam membena negara bangsa dan mencapai
kemajuan ikonomi yang lestari.
|
A.11
|
Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan
integriti ini sebenarnya merupakan nilai yang intrinsik.
|
A.16
|
Kalau industri pembuatan, makanan,
pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain lagi.
|
A.19
|
Dan semua ini menuntut pemain industri
untuk bersifat amanah, bersifat jujur, berintegriti dengan tidak
sekali-kali mengkompromi kualiti barangan ataupun keselamatan pengguna semata-mata
untuk mengaut keuntungan.
|
A.27
|
Hal ini boleh direalisasikan sekiranya
guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus
dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti-aktiviti lain seperti kesukanan dan jugak kokurikulum.
|
A.31
|
Dan dalam sebuah negara yang majmuk
seperti Malaysia ini, pendidikan akhlak dan jugak Pendidikan Moral mestilah
menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan
kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum
dan agama di negara ini.
|
A.37
|
Seorang guru yang profesionalisme adalah
guru yang berilmu, yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh
dan teladan kepada murid-muridnya.
|
A.49
|
Transformasi sistem pendidikan negara
kita menerusi PPPM 2013 dan 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap
espirasi akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam
sistem apa yang dinamakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ataupun PBS sebagai
teras pembangunan murid secara holistik dan PBS ini bukan sahaja mentaksir
kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecerdasan
fizikal, dan nilai dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
|
10. Pengulangan
Pengulangan dilakukan dengan mengulang sesuatu
perkataan tertentu dengan sebanyak beberapa kali. Hal ini demikian kerana,
selalunya untuk menunjukkan peri pentingnya sesuatu maklumat yang ingin
disampaikan sehingga diberikan penegasan melalui pengulangan ayat atau sesuatu
perkataan yang sama. Kebiasaannya, perkataan yang diulang-ulang dalam satu ayat
ini merupakan isi atau unsur yang ditekankan agar lawan komunikasi atau audiens
akan dapat mengingati perkara tersebut. Berikut merupakan antara pengulangan
yang terdapat dalam teks yang dikaji:
A26
|
Dan oleh itu, sudah sampai masanya kita meletakkan pendidikan moral ataupun pendidikan akhlak ini ke arah
melahirkan apa yang kita sebutkan sebagai insan yang beramanah, insan yang
berintegriti dan jugak insan yang bertanggungjawab sebagai urusan utama
ataupun core business pendidikan di
negara kita.
|
A28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak
mulia dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan
moral, guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua
guru dan jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak
dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak mulia
akan menjadi suatu kenyataan.
|
A37
|
Seorang guru yang
profesionalisme adalah guru yang
berilmu, yang mempunyai kemahiran, dan keterampilan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh dan teladan
kepada murid-muridnya.
|
11. Sinonim
Sinonim merupakan penggunaan kata yang membawa
maksud yang sama atau seerti. Tujuan penulis atau penutur menggunakan kata yang
sinonim dalam satu ayat adalah untuk mempelbagaikan atau mevariasikan ayat bagi
menambah keindahan ayat tersebut. Kebiasaannya, karya sastera yang akan
menggunakan kata sinonim bagi menambahkan “nilai” pada karya yang
dihasilkannya. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai unsur sinonim yang
terdapat pada teks yang dikaji:
Ayat
|
Contoh ayat
|
A3
|
Dan sempena hari yang amat bermakna ini, saya dan seluruh barisan
pimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan rendah hati merakamkan ucapan
segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok
tanah air di atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua kepada pendidikan anak bangsa kita.
|
A28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin ini
tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam
ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan jika kita dapat
menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah
murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu kenyataan.
|
12. Keseluruhan atau bahagian
Ciri runtutan yang seterusnya ialah keseluruhan atau
dikenali juga sebagai bahagian yang membawa maksud penyusunan yang dimulai
dengan bahagian yang lebih besar kepada bahagian yang lebih kecil. Selain itu,
ciri ini juga dapat dilihat daripada segi umum kepada bahagian yang lebih
khusus.
Ayat
|
|
A16
|
Kalau industri pembuatan,
makanan, pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain lagi.
|
A37
|
Seorang guru yang profesionalisme adalah guru yang berilmu, yang mempunyai kemahiran, dan keterampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi
contoh dan teladan kepada murid-muridnya.
|
13. Penekanan
Ciri runtutan penekanan digunakan dalam ayat atau
percakapan bagi menunjukkan terdapatnya unsur penegasan di situ. Kebiasaanya,
orang yang berkomunikasi akan menggunakan unsur penegasan untuk menyatakan
betapa pentingnya maklumat atau isi yang disampaikan olehnya. Selain itu, unsur
penegasan juga dimasukkan untuk mengelakkan daripada lawan bercakap dalam
sesuatu komunikasi hilang fokus dan seterusnya input yang disampaikan menjadi
tidak sempurna.
Ayat
|
Contoh ayat
|
A8
|
Dan lebih-lebih lagi
dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, espek akhlak dan nilai
murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.
|
A9
|
Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya
dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi jugak mesti diperkukuhkan
dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni.
|
7.2 Analisis
kuantitatif
Analisis
kuantitatif ini berdasarkan bilangan ayat yang mengandungi unsur tautan
mengikut kategori masing-masing. Dalam teks ini kami hanya memilih 100 ayat
yang pertama sahaja untuk dianalisis.
Runtutan
|
Bilangan
|
Taburan Ayat
|
Jumlah (%)
|
Kesejajaran (R1)
|
8
|
A10, A28,
A31, A39, A49, A75, A76, A95.
|
8
|
Lokasi / tempat / waktu
(R2)
|
8
|
A28, A53,
A55, A62, A65, A69, A76, A93.
|
8
|
Penambahan
(R3)
|
5
|
A2, A22,
A33, A66, A75.
|
5
|
Seri / rentetan
(R4)
|
1
|
A36.
|
1
|
Pronomina
(R5)
|
6
|
A1, A3, A6,
A28, A32, A43.
|
6
|
Perbandingan / komparasi
(R6)
|
6
|
55, 57, 59, 67, 69, 93
|
6
|
Pertentangan / kontras
(R7)
|
3
|
9, 28, 63
|
3
|
Simpulan / hasil
(R8)
|
6
|
13, 14, 21, 31, 53, 75
|
6
|
Contoh / missal
(R9)
|
8
|
10, 11, 16, 19, 27, 31, 37, 49,
|
8
|
Pengulangan
(R10)
|
6
|
26, 28, 37, 49, 59, 62
|
6
|
Sinonim
(R11)
|
2
|
3, 28
|
2
|
Keseluruhan
(R12)
|
2
|
16, 37
|
2
|
Penekanan
(R13)
|
13
|
8, 9, 11, 14, 23, 25,
29, 37, 45, 50, 60, 71, 88
|
13
|
Jumlah
|
74
|
74
|
74
|
Petunjuk:
R1 -
Kesejajaran
R2 -
Lokasi, tempat, waktu
R3 -
Penambahan
R4 -
Seri/rentetan
R5 -
Pronomina
R6 -
Perbandingan, komparasi
|
R7 -
Pertentangan, kontras
R8 -
Simpulan, hasil
R9 -
Contoh, misal
R10 -
Pengulangan
R11 -
Sinonim
R12 -
Keseluruhan
R13 -
Penekanan
|
Graf bar di atas merupakan hasil daripada jadual
yang diperoleh berdasarkan kepada analisis yang dilakukan. Dapat dilihat,
terdapat 74 ayat yang terlibat dengan kajian yang dijalankan berdasarkan kepada
model F. J. D’ Angelo. Kekerapan yang paling tinggi ialah penekanan
yang mana berjumlah sebanyak 13 ayat yang terlibat daripada 100 ayat
keseluruhannya. Hal ini demikian kerana, intonasi suara sangat penting apabila
melibatkan komunikasi secara lisan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ucapan
atau syarahan dan lawan kepada komunikasi tersebut pula hadir dalam jumlah yang
ramai.
Selain itu, penekanan suara juga penting bagi mengelakkan audien hilang
tumpuan terhadap komunikasi atau ucapan yang disampaikan. Kekerapan yang paling
sedikit pula dapat dilihat pada rentetan, iaitu hanya melibatkan 1 ayat sahaja.
Hal ini demikian kerana, rentetan perlu kepada pengucapan yang panjang dan
saling berkait antara satu sama lain. Rentetan jenis kelas atau anggota tidak
terdapat dalam teks yang dikaji.
7.0 KESIMPULAN
Sebagai
kesimpulannya, runtutan memperlihatkan susunan yang utuh bagi sesuatu idea
untuk menimbulkan kesan makna dalam diri pembaca. Kesan makna ini amat
diperlukan kerana akan menjadikan sesebuah idea difahami oleh pembaca sehingga
wujudnya kesan kelogikan makna. Sesuatu karya tanpa runtutan akan menjejaskan
kefahaman pembaca. Video “Ucapan Khas Hari Guru
2015 oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri” yang telah ditranskripsikan ke dalam
bentuk penulisan teks ini turut menunjukkan hal yang sama, mudah difahami
kerana wujudnya runtutan. Sebanyak 74 peratus penggunaan runtutan dalam
analisis kajian ini. Keseluruhan kajian ini didasarkan pada tiga belas ciri
runtutan yang dianalisis dengan berdasarkan Model Model
F. J. D’ Angelo. Hal ini jelas menunjukkan
kepentingan runtutan dalam pembinaan sesebuah wacana tuntasnya.
No comments:
Post a Comment